AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KELUARGA

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT







MAKSUD

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa untuk membesarkan anak-anak dan menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibubapa untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam keluarga?




PERANAN IBUBAPA







  • Ibubapa seharusnya membawa anak-anak beriadah atau bersenam pada waktu lapang dan hujung minggu. Oleh itu, tubuh badan anak-anak akan sihat dan dapat menyegarkan minda mereka. Selain itu, ibubapa mestilah membawa anak mereka beriadah atau bersenam sekurangnya dua kali dalam seminggu supaya badan mereka sentiasa aktif dengan pergerakan fizikal dan mental.







  • Mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya dalam satu hari. Ibubapa perlu memastikan anak-anak tidur dengan secukupnya iaitu sekurang 8 atau 9 jam sehari. Selanjutnya, tidur merupakan rehat yang efektif kerana setelah mengharungi hari yang penat dan letih. Ibubapa hendaklah menetapkan waktu tidur anak-anak dan tidak patut mengalakkan mereka untuk menonton televisyen hingga larut malam.



  • Amalan pemakanan yang seimbang. Ibubapa mestilah bermula dengan pengambilan sarapan untuk tenaga yang mencukupi sepanjang hari kerana anak-anak memerlukan tenaga yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti seharian. Di samping itu, ibubapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat dan bernutrisi kepada anak-anak. Tambahan pula, ibubapa juga digalakkan untuk memasak di rumah kerana makanan di gerai atau restoran mengandungi banyak minyak.          



  •  Ibubapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan boleh mendapat rawatan dengan segera. Ibubapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 2 tahun sekali. Dengan itu, ibubapa dapat menentukan pilihan terbaik untuk anak-anak mereka.                                                                                                                                                                                                                                                           

                                           

PENUTUP

   Intiharnya , amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat . Ibubapa yang berpandangan jauh akan melakukan semua tindakan di atas  bagi menjamin ahli keluarga mereka menjalani gaya hidup yang sihat . 

Comments

Popular Posts