AMALAN NILAI MURNI DALAM KELUARGA
AMALAN NILAI MURNI DALAM KELUAGA
PENGENALAN
Amalan nilai murni penting dalam sesebuah keluarga untuk mengekalkan keluarga yang harmoni. Penerapan nilai-nilai murni dapat mempengaruhi diri seseorang itu menjadi seseorang yang berhati mulia. Persoalannya, apakah nilai - nilai murni yang perlu dipupuk dalam sebuah keluarga ?
NILAI - NILAI YANG PERLU DIPUPUK
- Adil - ibubapa hendaklah bersikap adil dengan anak-anak dalam memberi kasih sayang kepada mereka. Sebagai contoh, jika membeli sesuatu benda dan boleh digunakan ramai atau belikan sesuatu yang semua orang dapat. Selain itu, jika ibu atau bapa hendak menyuruh melakukan kerja rumah haruslah memberi tugas kepada semua anak supaya dia tidak akan membandingkan kasih sayang ibubapa terhadap dirinya .
- Jujur - anak-anak haruslah diajarkan bercakap perkara yang betul sahaja walaupun mereka salah. Ini disebabkan kerana lebih baik dari mereka membuat kesalahan tetapi tidak mengaku. Selain itu, ibubapa jangan pernah melakukan perbohongan terhadap anak-anak kerana anak-anak telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap ibubapa. Selanjutnya, ibubapa mestilah mengajar anak-anak supaya jangan sesekali mengambil barang orang lain yang bukan milik mereka.
- Tolong menolong - amalan tolong menolong perlu diamalkan untuk menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu akan lebih rapat dan harmoni. Apabila sikap ini diamalkan sesuatu kerja akan menjadi lebih mudah dan akan cepat diselesaikan. Oleh itu, slogan "Rumahku Syurgaku" akan menjadi kenyataan kerana rumah akan menjadi harmoni dan tiada pergaduhan antara satu sama lain.
- Menjaga kebersihan - amalan kebersihan hendaklah ibubapa mempraktikan kepada anak-anak kerana seluruh ahli keluarga akan tinggal dalam rumah yang bersih dan sihat .Contohnya, sampah sarap perlulah buang di tempat yang telah disediakan iaitu di dalam tong sampah. Selain itu , amalan merokok mestilah dijauhkan kerana boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga yang lain.
- Sayang menyayangi - sebagai ibubapa seharusnya menyayangi anak-anak dan anak-anak pula mestilah sentiasa menyayangi ibubapa. Sebagai contohnya, sentiasa mendengar segala nasihat mereka dan selalu menhormati mereka pada setiap masa . Selepas itu, hendaklah mendahului mereka dan mesti meminta izin kepada seperti hendak keluar rumah atau sebagainya.
- Melakukan ibadah bersama-sama - ibubapa perlu sentiasa mengajak anak-anak untuk sentiasa melakukan ibadah bersama-sama. Apabila tibanya waktu solat ibubapa mestilah menyuruh anak-anak untuk solat dan berjemaah bersama sama ada di rumah atau di masjid untuk mengeratkan lagi silaturahim .
- Menerima kelemahan dan kekurangan - ibubapa mesti terima kelemahan dan kekurangan anak-anak dan jangan membandingkan mereka antara satu sama lain. Jika ibubapa membandingkan anak-anak, mereka akan terguris hati dan akan melakukan protes terhadap ibubapa .
Konklusinya, amalan nilai murni membolehkan sesebuah keluarga hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Oleh itu , ibubapa perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang diamalkan terlebih dahulu agar dapat dicontohi oleh anak-anak bak kata pepatah " ke mana tumpah kuah, kalau tak ke nasi " . Bukan itu sahaja, sesungguhnya amalan nilai murni dalam keluarga akan memberi kesan kepada masyarakat dan negara .
Comments
Post a Comment