KELUARGA BAHAGIA





    Apa itu keluarga? Sebagai mana yang kita ketahui keluarga ialah sesi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak, Semua orang pasti menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Oleh itu, salah satu kunci yang penting dalam menwujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni ada sifat kasih sayang, cinta dan hubungan interaksi yang perlu dipupuk dengan baik satu sama lain. Apabila kita berfikir tentang keluarga bahagia akan terlintas di benak pemikiran kita iaitu sebuah keluarga yang mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi tetap wujudnya sifat kasih sayang dan sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain. Justeru itu, jika seseorang itu tinggal dalam rumah yang mempunyai keluaga bahagia ia akan menjadikan kehidupan seseorang tenang seperti bak kata pepatah "Rumahku Syuargaku''. Persoalannya bagaimanakan langkah untuk membentuk keluarga yang bahagia? 
      
    Pada pandangan saya, langkah yang utama dalam membentuk keluarga yang bahagia adalah peranan dari ibubapa dalam mendidik anak-anak. Bak kata pepatah "melentuh buluh dari rebungnya" peribahasa ini membawa maksud setiap ibubapa perlulah mengajar anak-anak tentang ilmu agama atau nilai moral alam diri mereka sejak kecil kerana anak-anak ibarat kain putih ibubapa yang perlu mencorakkannya. Oleh itu didikan keagamaan hendaklah diterapkan dalam jiwa anak-anak agar mereka lebih mengetahui tentang tindakan yang tidak akan memberi manfaat kepada mereka. Menurut tokoh terkenal, Frankin D.Roosevelt, segalanya bermula dari rumah iaitu ibubapa bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak terpesong melakukan perkara keburukan. Jadi, penerapan pendidikan sempurna pasti dapat menangani masalah ini. Bukan itu sahaja, ibubapa juga haruslah sentiasa memantau pergerakkan anak-anak dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya untuk anak-anak. Seterusnya, ibubapa perlulah memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak kerana mereka lebih mempercayai ibubapa sendiri daripada orang sekeliling.

  Pada realitinya, memang tidak dinafikan lagi bahawa anak-anak juga harus bertanggungjawab untuk membentuk keluarga bahagia. Jadi sebagai anak-anak hendaklah menuruti ajaran daripada ibubapa sebagai contoh harus belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk membalas jasa ibubapa yang menjaga dan membesarkan kita dengan baik. Dalam hal ini juga sebagai anak kita juga mestilah sentiasa menghormati kedua ibubapa kita. Terdapat hadis yang berfirman iaitu ''hormatilah kedua ibubapamu, merendah diri ketika di hadapan mereka serta berlemah lembutlah jika berhadapan dengan mereka". Selain itu, yang perlu kita pastikan ialah kita haruslah selalu mengenang jasa ibubapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati kepada ibubapa.


    Umum mengetahui bahawa, pada masa kini media massa menjadi sesuatu yang penting kepada masyarakat dan semakin berleluasa di dunia bak kata peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan". Ini secara tidak langsung, media massa merupakan medium yang berkesan untuk mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang dapat ditegahkan ialah kini wujudnya buku digital, laman sosial seperti "whatsApp", "instagram", "facebook" dan sebagainya. Yang paling nyata kecanggihan media massa pada hari ini dapat memudahkan penyebaran aktiviti yang dapat wujudnya keluarga bahagia seperti kempen 'Keluarga Bahagia', Sayangilah Keluarga Anda' dan sebagainya. Oleh itu boleh dikatakan bahawa media massa juga salah satu elemen yang turut berperanan dalam melahirkan keluarga bahagia.

   Sebagai menggulung perkara yang telah dinyatakan di atas, bagi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia selain dari ibubapa semua pihak hendaklah menjalankan tanggungjawab dan peranan yang telah dinyatakan ibarat sebatang lidi mudah untuk dipatahkan namun apabila digabungkan menjadi penyapu kesatuan yang kukuh sukar digugat.






    

























       




Comments

Popular Posts